Tutorial menukar template blog
Thursday, 10 October 2024 • 13:58 • 0 comments
Hai peeps! Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini saya nak bagi tutorial bagaimana nak menukar template blog yang "biasa" kepada yang "luar biasa". Insha Allah mudah difahami untuk semua golongan. Hehehe 1. Pergi pada dashboard masing-masing dan cari pada bahagian “Theme” bahagian kiri bawah, tekan pada
butang “Customize”. 2. Tekan pada “Switch to first generation
Classic theme”. 3. Kalau ada data yang penting boleh tekan
backup, kalau tiada data penting tekan sahaja “without a backup”. 4. Selepas berjaya ditukar, layout theme
anda akan menjadi seperti ini. Kemudian tekan “EDIT HTML”.
5. Disini adalah kesemua kod-kod yang ada
didalam laman blog anda, sekiranya anda mahu mengubah apa-apa sahaja butiran,
reka bentuk dan sebagainya boleh edit di dalam ini. 6. Selepas anda sudah dapat “BLOGSKIN
TEMPLATE” yang anda mahukan, boleh terus tekan save. Maka
nanti blog anda akan jadi seperti ini!
p/s: blogskin adalah satu CODE yang telah
direka untuk kesenangan kita (para blogger) mencantikkan laman blog kita. Anda
juga boleh mereka sendiri design yang anda mahukan tapi itu saya akan ajar
di lain episode okay!
| ![]() ![]() Blog ini diwujudkan bagi tujuan tugasan 3 STID 1103 - Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semoga berjaya selesaikan PJJ ini dengan jayanya. Aamiin Ya Rabb! Nak dengar lagu? Klik play button! p/s: kalau "couldn't find" sila refresh semula page ini. Thanksss ![]() ![]() |