Senarai Entri Blog
Thursday, 10 October 2024 • 14:01 • 0 comments
Hi Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Disini saya senaraikan antara entri blog yang ada, jadi boleh pilih dengan tenang dan sabar. Kalau tiada kesabaran boleh mendatangkan kemarahan. Anda boleh tekan terus pada senarai yang ada untuk terus ke entri blog yang anda mahukan. Tutorial menukar template blog
• 13:58 • 0 comments
Hai peeps! Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini saya nak bagi tutorial bagaimana nak menukar template blog yang "biasa" kepada yang "luar biasa". Insha Allah mudah difahami untuk semua golongan. Hehehe 1. Pergi pada dashboard masing-masing dan cari pada bahagian “Theme” bahagian kiri bawah, tekan pada
butang “Customize”. 2. Tekan pada “Switch to first generation
Classic theme”. 3. Kalau ada data yang penting boleh tekan
backup, kalau tiada data penting tekan sahaja “without a backup”. 4. Selepas berjaya ditukar, layout theme
anda akan menjadi seperti ini. Kemudian tekan “EDIT HTML”.
5. Disini adalah kesemua kod-kod yang ada
didalam laman blog anda, sekiranya anda mahu mengubah apa-apa sahaja butiran,
reka bentuk dan sebagainya boleh edit di dalam ini. 6. Selepas anda sudah dapat “BLOGSKIN
TEMPLATE” yang anda mahukan, boleh terus tekan save. Maka
nanti blog anda akan jadi seperti ini!
p/s: blogskin adalah satu CODE yang telah
direka untuk kesenangan kita (para blogger) mencantikkan laman blog kita. Anda
juga boleh mereka sendiri design yang anda mahukan tapi itu saya akan ajar
di lain episode okay! CARA MENCIPTA BLOG
Tuesday, 1 October 2024 • 02:06 • 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang sudi untuk membaca diruangan blog saya pada hari ini. Saya akan terangkan langkah-langkah mencipta laman blog dengan ringkas dan padat. Sekiranya ada pertanyaan boleh terus komen diruangan yang saya disediakan. Lets goooooooooooooo!
1. Sila buka laman web "https://www.blogger.com" di goole atau mana-mana platform yang anda miliki.
2. Tekan pada “create your blog” untuk mendaftar laman blog anda.
3. Tekan pada “Create account”.
4. Boleh pilih sama ada mahu cipta blog untuk diri anda, untuk anak atau untuk perniagaan. Tapi untuk kali ini saya akan ajar untuk buat blog untuk diri sendiri dahulu.
5. Anda boleh letakkan nama yang bersesuaian ikut kemahuan anda semua.
6. Letakkan tarikh lahir anda.
7. Tetapkan 1 email yang anda mahu
8. Masukkan kata laluan yang kuat untuk pastikan gmail anda tidak mudah digodam & tekan next.
9. Jangan lupa masukkan no telefon anda. Ianya adalah bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau ada perkara yang tidak diingini notifikasi akan dihantar ke nombor telefon anda.
10. Masukkan nama yang anda mahukan di ruang yang disediakan.
11. Masukkan nama blog yang anda mahukan di kotak kosong tersebut, kemudian tekan NEXT
12. Masukkan nama panggilan anda dan tekan finish
13. Selepas tekan Finish, keluar laman seperti ini itu bermaksud blog anda telah berjaya dicipta!
14. Ini adalah Gambaran laman blog anda. Sesiapa Sahaja yang masuk ke blog anda akan dipaparkan seperti ini. Tapi nak blog anda lagi cantik tak? HEHEHHEHE
15. Tekan “theme”.
16. Di bahagian ini anda boleh pilih corak dan warna yang anda minat. Pelbagai warna, tema dan corak yang menarik menanti anda!
17. Ini adalah “preview” tema blog yang saya akan pilih. Tekan “APPLY” jika sudah muktamad mahukan tema tersebut.
18. Cari “VIEW BLOG” pada bahagian kiri bawah sekali untuk melihat blog anda.
19. TADAAAAAAAAAAA! NEW FACE UNTUK BLOG ANDAAAAAA!
20. Nak blog anda comel cute bertema macam ni tak? Kalau nak say “NAKKKKKKKKKKKKKKKK”.
| ![]() ![]() Blog ini diwujudkan bagi tujuan tugasan 3 STID 1103 - Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan Semoga berjaya selesaikan PJJ ini dengan jayanya. Aamiin Ya Rabb! Nak dengar lagu? Klik play button! p/s: kalau "couldn't find" sila refresh semula page ini. Thanksss ![]() ![]() |